- 
Arabic
 - 
ar
Bengali
 - 
bn
German
 - 
de
English
 - 
en
French
 - 
fr
Hindi
 - 
hi
Indonesian
 - 
id
Portuguese
 - 
pt
Russian
 - 
ru
Spanish
 - 
es

Sultan Johor Cup: Young tigers sedia hadapi Pakistan

Semuanya belum berakhir bagi young tigers biarpun tewas dua perlawanan dan jurulatih Amin Rahim sedang mempersiapkan pasukannya menentang Pakistan pada perlawanan Kumpulan B Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Selasa.

Malaysia berada ditangga bawah kedudukan pasukan dalam Kumpulan B tanpa sebarang mata tetapi itu tidak menghiraukan Amin. Dia mahukan pemainnya mengetepikan dua kekalahan itu untuk berdepan Pakistan.

Ini bermakna menghampakan Pakistan yang sedang bermain cemerlang dan Amin percaya persembahan yang baik daripada para pemainnya boleh menukar keadaan.

“Dalam dua perlawanan sebelum ini, young tigers bermain cukup baik. Saya puji sikap dan semangat mereka. Kita tahu Pakistan pasukan yang kuat tetapi apa-apa pun boleh berlaku. Saya mahukan kemenangan atau sekurang-kurangnya seri. Mata yang diperolehi akan meletakkan kita pada kedudukan yang baik untuk perlawanan klasifikasi,” kata Amin.

Beliau berkata kecederaan yang dialami ketua pasukan Faris Harizan dan pemain pertahanan Wan Najmie Ahmad Dzaib pada perlawanan menentang India telah menjejaskan momentum young tigers pada suku terakhir perlawanan. Malaysia tewas 1-3.

“Dengan rehat dua hari ini, para pemain menjalani rehabilitasi dan akan bersedia secara mental dan fizikal menghadapi tugas berat menentang Pakistan. Kita seharusnya berasa optimistik bagi setiap perlawanan,” kata Amin.

Tujuh daripada lapan pasukan yang bertanding dalam Piala Sultan Johor edisi ke-11 ini, kecuali Great Britain, sedang mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi Piala Dunia di Stadium Hoki Bukit Jalil dari Dis 4-16.

“Kejohanan ini merupakan pletform yang terbaik untuk kita melihat segala kelemahan. Banyak yang perlu dilakukan sebelum kita ke Piala Dunia,” katanya.

Malaysia tewas 2-6 kepada Pakistan dalam Piala Remaja Asia di Oman pada Mei tahun ini dan untuk menewaskan mereka kali ini di tempat sendiri akan dapat mengubati luka.

Sultan Johor Cup

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment

SanFair Newsletter

The latest on what’s moving world – delivered straight to your inbox
Verified by MonsterInsights